ζ
I like you, Hakim. A lot.
Ini ke apa yang kalau orang Jepun panggil sebagai the doki-doki moment? Di mana hati seseorang itu akan menjadi dup-dap tidak tenteram. Terkejut. Hakim tidak langsung menganggap bahawa kat-kata itu akan terlepas dari mulut Eileen. Dia terkesima. Tergamam pun ada. Hakim senyum sambil menunduk. Okay mungkin bukan senyum, lebih kepada sengih sebenarnya. Namun fikirannya jauh sedang melayang. Dia sedar, bahawa gadis yang berada di sisinya itu, Eileen; seorang gadis kenit yang sering mengoncang hatinya on a daily basis, mind you; finally said those words. To him, nonetheless. He'd never thought that this day would come. But it did, kan. It finally did.
Sunyi.
Bunyi sunyi menyelingkupi setiap ruang petang itu. Di langit, di awang-awangan, dan juga di antara jarak mereka berdua. Si Hakim di sebuah bandar jauh dari pelosok Kuala Lumpur, manakala Eileen pula di pinggiran kotaraya itu. Hakim tidak sedari, tapi airmata mula bergenang di sudut matanya. Entah kenapa la nak menangis, takde sebab pun. "No she's the reason", dia bisik kecil ke dalam hatinya. "This very girl, the one yang dah jadikan kau gila nak rak, sebab kau terlalu obses dengan dia siang dan malam, mendambakan perhatian dia for so long." Hakim senyum, kerana dia tahu, or mungkin dia tak tahu. She'd take it back ke? She'd say she tak fikir pun waktu she'd say it to you? Akan tetapi, Hakim tahu juga, dia tidak boleh berdiam diri, meskipun all he wanted at that exact moment for that moment to freeze. And dia boleh live forever in that very moment in time. Only diri dia seorang dengan Eileen. Nobody else. There was no else, no friends; not his nor hers. Just the both of them. Hakim menoleh ke kiri dan menatap wajah Eileen. Dia lihat giginya yang rapat, dan matanya yang tersusun rapi. Jawapannya harus tepat. Klise amat dibenarkan, namun harus be in topic and acknowledge apa she said. You heard her, now, what is your answer, Hakim?
Eileen tidak mahu melihat matanya, dia enggan menemukan mata mereka berdua. Hakim tahu, underneath all that exterior, she is still shy and she knows in all ways, kau masih seorang lelaki. Dan seorang lelaki yang telah membuka hatinya kepada gadis ini. She's no gadis, she's a changed woman now. And you saw it all how she went from the most frownable girl depan diri you, Hakim. And now she tells you her world. Setiap saat, setiap detik hidup dia; kalau boleh dia ingin cerita kepada kau. From a point when kita berdua kalau duduk depan berdepan pun kita tidak bersembang; tak mampu nak acknowledge each other existence, dan sekarang kita berdua akan bersembang sehingga ke lewat-lewat malam sehingga terbitnya fajar pada esok hari.
All he hears now, lagu-lagu bait yang dinyanyikan Ebiet G. Ade, seorang pemuisi Indonesia;
Gelora cinta, gelora dalam dada/Kenapa tak pernah engkau hiraukan/Selama musim belum bergulir/Masih ada waktu untuk saling membuka diri/Sejauh batas pengertian
Inikah tibanya waktu he really suspend everything? No, masih belum lagi. She can't know yet. It is too early. Hakim menatap wajahnya sekali lagi, matanya tepat ke arah mata Eileen.
"You mesti kata I pentiru." dia ujar dengan suara kecil. "Tapi I like you too."